Sebulan 5 hari

Sebulan lima hari already 😐

saje latak gambar yang tak berapa nak behave. moga gambar kahwin cantik cantik lah ye huhu

Pejam celik pejam celik sekarang sedang menghitung hari dah nak bertunang dalam masa yang sama menghitung hari nak tamatkan zaman bujang dan menghitung hari juga akan bertukar dari Cik kepada Puan. Betullah perancangan Allah tu lebih hebat dan kadang tak sangka pun semua ini akan terjadi tapi bila dah jadi pada diri sendiri baru tergadah nak mengaku betul lah semua ni ada hikmahnya. Lain yang dirancang lain yang jadi. 

Setelah sekian lama menyepi dari zaman blog akhirnya kembali kesini jua. Ada banyak je tempat aku boleh mengadu domba dan platform social media lain tapi blog jugak yang best pun kalau nak share story yang happy glory bagai. Dah memang membesar zaman sekolah dengan life blog aku rasa sampai kahwin pun aku boleh stick dengan blog. Tapi zaman sekarang kena banyak beware, salah share sikit kena kecam kena tu kena ni. Maka bertabahlah.

Actually aku saja nak lepaskan bosan kat sini. Memandangkan mata ni payah nak lelap balik setelah agak lama beradu maka aku rasa update blog pun part of perkara berfaedah apa. Sementara banyak idea nak type ni. Huhu. Dan sekurangnya nanti kalau dah ada anak cucu cicit kalau dia orang tanya macam mana mak ayah dia orang kenal boleh aku cakap "baca kat blog" moga moga blog ni kekal ada laa huuhuu

Seperti yang sedia maklum, yang mengenali diri ini mungkin ada segelintir yang dah tahu aku bakal menamatkan status bujang pada tahun ni. Ya ya aku tahu ramai yang terkejut tambah pulak aku end up bukan dengan orang orang sebelum ni. Ya laa, masa belajar haritu dengan orang lain sekali nak kahwin ni dengan orang lain. Dan aku rasa masih relevan kot ayat ni
"kenal dengan orang lain, bercinta dengan orang lain, tunang dengan orang lain, end up kahwin pun dengan orang lain"

tapi harapnya tunang dan kahwin ni dengan orang yang sama je. Dah serik jaga jodoh orang. Dah serik kena tinggal. Dah serik dipermainkan. Dah serik kecewa sakit hati patah hati semua lah. 

Aku tak tahu nak cerita macam mana actually tapi aku rasa better aku buat macam soal jawab. So lagi mudah untuk aku cerita. Ya, aku tahu ramai terkejut aku dah nak kahwin. Yelah, sebab sekarang biasa yang jenis pendiam jalan dulu. Nak kata aku jenis pendiam, memang sah sah bukan lah. Sebab aku jenis show off.  Tapi kalau perkara cinta cinta ni aku mungkin akan berfikir seratus kali dan keatas untuk berkongsi dengan ramai orang. Yang latest ni pun berani nak kongsi lepas dapat restu ma abah baru aku berani nak kongsi sebab dah serik kalau dulu share je tapi putus ditengah jalan. Sekarang je berpada sikit. Show off pun dengan benda yang elok elok je. So, kalini rasanya tak over sangat kot show off. Berani sebab ma abah dah restu dah mintak petunjuk dari Dia semua tu dah maka rasa lega sikit. Kalau dulu, ada pakwe nak sorok sorok je dari ma abah takut kena marah last last terputus ditengah jalan jugak. Nak kata aku antara orang orang yang ramai orang kenal tu tak jugak, tapi ramai lah yang kenal aku walaupun ada je yang aku tak kenal. Tapi terima kasih laa kerana mendoakan yang baik baik sahaja. InshaAllah sampai jannah, aamiin...

Maka, aku rasa boleh kot mulakan Q&A ni. Mata pun dah rasa nak layu balik dah huhu

Macam mana SA boleh kenal si dia?

Macam mana boleh kenal dia? Hmm panjang ceritanya tapi tak apa kita tonggeng sikit isi mana yang patut. Kenal dia kenal dari orang lain jugak. Tapi reality nya, dia dah usha kita lama sebelum kenal. Ya, aku memang dikategorikan antara orang yang sombong pada mulanya tapi akhirnya aku boleh beramah mesra seperti kenal 10 tahun lamanya. Hakikatnya seorang SA sangat peramah tapi bila kena timing la. Ya, kalau dulu aku pernah dilabel sombong tapi bila dah kenal mula la mintak maaf bagai alasannya muka yang sombong haha. Ya, aku friendly tapi biar kena tempat. Dan dengan dia ni aku tak tahu laa macam mana boleh sembang gaya macam dah pernah kerja sekali. Padahal tak pernah berhubung pun. Sebab aku akan berhubung dengan orang yang perlu bilamana ia berkait dengan soal kerja. Aku dengan dia kenal sebab ada orang yang kenalkan. Iaitu kawan dia. Kami satu tempat kerja tapi dia more to office la. Aku kerja dekat yard je. Tambahan dia main con aku hanyalah sub con, kuli kuli je. Satu hari sebelum program solat hajat di yard berlangsung kawan dia ada tanya aku, betul ke aku single. Dah sah sah lah aku single haha sebab masa kawan dia tahu tu ada seorang hamba Allah ni tanya depan kawan dia yang aku ni single ke taken. Aku memang telus sikit terus aku jawab aku single. Padahal dalam masa yang sama memang tengah cari pasangan hidup pun tapi tak serious sangat sebab matlamat utama nak capai is nak belajar lagi. Pastu kawan dia tanya betul ke aku single. Dan aku mengaku je la memang single pun. pastu dia cakap dia nak kenalkan aku dengan kawan dia. Aku tanya la siapa orangnya. Lepas kawan dia bagitahu detail sedikit sebanyak aku apa lagi selidik la serba sedikit tanya orang tu tanya orang ni padahal tak pernah cam pun muka dia tak pernah tahu pun siapa dia semua tu. Tapi lumrah perempuan memang suka bab bab selidik selidik ni. Nak nak aku la yang jenis suka stalk dulu. So gaiss beware okay sebelum korang kenal aku mana tahu aku dah kenal korang dulu huhu. Lepas dah merisik tanya orang tu orang ni bagai, kawan dia ni tanya lah boleh ke dia nak bagi no. fon aku kat si dia. Aku tak kata ya dan aku tak kata tidak. Aku cakap "kalau rasa dia baik dan boleh dibuat kawan maka okay je tapi kalau rasa tak sesuai dan tidak elok dibuat kawan makan tak payah kasi" tapi gaiss tapi kawan dia bagi kat si dia no. fon aku. Tapi sebelum dia dapat no. fon aku kawan dia cakap "dia (aku) tak suka orang yang merokok dan seangkatan dengannya" -dan aku tak tahu laa dia orang sembang macam mana ayat dia tapi tu agak lebih kurang lah kot. Dan masa ni dia tengah guna nano stix tapi apa yang mengejutkan is dia sanggup nak jual nano stix dia katanya lebih kurang je kalau dia hisap rokok dan guna nano stix ni. Tak ada beza sangat pun. And syukur alhamdulillah dia dah tak merokok dan dah tak guna apa apa yang seangkatan dengannya. Dia cakao dia dah haramkan mulut dia dari semua benda ni. So kalau dia buat dia dosa. Huhu. So macam tu lah kita orang kenal.

Macam mana ma abah boleh restu?

Ceritanya is satu hari setelah berlalunya hari ayong aku akad nikah. Satu ramadhan. Pagi tu pergi pasar dungun dengan ma, pastu sebelum hari kejadian tu dah pernah bagi hint sikit dah kat ma cakap ada orang nak kenal bagai, pastu ada kenal dengan someone ni. Tapi tak serious talk sangat pun sebab kenal dia masa ni tak cukup sebulan lagi pun. Huhu. Tapi pagi tu tak tahu lah macam mana boleh tercerita semuanya pada ma. Pastu balik rumah ma okay je calm steady je. Petang tu abah balik kerja. Kebiasaannya kalau abah balik kerja, abah akan cerita pasal tempat kerja kat ma kadang tu aku tak ambik port sangat sebab skop kerja abah dengan aku tak jauh beza sangat. Tapi tak tahu lah macam mana haritu ma boleh tercerita pasal aku cerita dalam kereta pagi tadi masa nak ke pasar tu. Pastu abah keluar je bilik abah cakap kalau dah jumpa calon tu abah okay je. Kahwin kahwin lah dah dua puluh tiga ni elok je. Aku yang dengar ni duk gelak je sebab ingat abah main main. Tapi lepas je berbuka puasa abah tanya dahtu bila dia nak datang merisik. Pastu abah nak tengok gambar. Aku terkejut la betul ke abah ni -waktu ni aku ada share moment terkejut semua tu kat instagram memang real story gais sikit pun takde tipu. Pastu abah cakap ajak la dia datang berbuka kenal kenal dulu. Aku macam woah abah ni biar betul. Sebab kita orang kenal tak sampai sebulan pun. Abah cakap menda baik tak salah pun kalau dah berkenan. Tapi masalahnya aku dengan dia waktu ni takde lah bercinta sangat sungguh pun. Sebab dia memang nak je jumpa ma abah. Aku yang tak kasi sebab aku knows very well hows my abah and my ma. Abah jenis tegas ma jenis memilih dia nak yang perfect untuk anak dia. And syukur alhamdulillah everything goes well. Dan sekarang kami tengah buat persiapan nak tunang. Sekejap je kan. Aku pun rasa macam mimpi lagi huhu.

Macam mana boleh buat keputusan nak kahwin terus?

Soalan ni kalau keluar dari mulut mak cik bawang mesti dia orang fikir menda yang bukan bukan. Tapi alhamdulillah semua tu tak terjadi pun pada diri aku. Tak ada tanggapan negatif sebab semua yang kenal aku tahu perangai aku tapi tak tahu lah kalau ada yang tahu dari mulut yang ada hasad. Sampai mak cik aku pun cakap biar betul aku nak bertunang sebab dia tahu aku punya perangai sangat lah huha huha bukan jenis perangai gadis melayu terakhir dan perangai aku, aku jenis manja dengan ma abah tak kira tempat walau umur dah 23 gelak sakan tak ingat dunia dan jenis suara lantang kasar lasak dan kalau sepak menyepak ni memang kaki jalan dulu la. Sebab tu ramai yang tak percaya aku akan tamatkan zaman bujang. So we decide to get married this year. Tarikh majlis tunang kahwin semua ditentukan oleh pihak lelaki memandangkan dia punya adik beradik ramai. Huhu. Macam mana boleh decide nak tunang - first, sebab dia nak tamatkan zaman bujang dia tahun ni. Second, sebab dia bebetul serious serta bersungguh nak kenal aku lebih rapat dan nak end up dengan sesuatu yang baik. InshaAllah raya kedua tahun ni kami bertunang dan raya kedua raya haji akad nikah serta sanding. Ya, ramai yang kata sangat cepat. Sebab kami nak bercinta lepas kahwin 😳🙈❤ inshaAllah...

Si dia orang mana?

Alhamdulillah dekat dimata dekat dihati dekat dengan tempat kerja dekat dengan rumah bakal mertua dekat dengan rumah aku kalau merajuk balik kemasek je huhu dekat la setakat ni alhamdulillah nak balik raya pun tak payah sampai majlis sambut menantu inshaAllah selang satu hari je huhu - Orang ketengah jaya kerteh 1

Ramai yang terkejut dan ramai yang expect aku dah jumpa jodoh dengan orang joho sebab dari dulu memang obvious sangat aku nak cari bakal suami orang joho tapi alhamdulillah perancangan Allah itu sangat indah sangat cantik. Syukur. Jodoh pun dekat je kalau tak nanti mesti nak balik raya je berebut nak kena ikut giliran masing masing huhu. 

Macam mana ma abah berkenan?

Abah orangnya yang mementingkan budi bahasa budaya kita dan solat sebagai tunjang utama. Ma orangnya yang mementingkan kesempurnaan kehidupan anak dia apabila status bujang itu bertukar. Ibu bapa mana nak tengok anak mereka sengsara. Dia orang didik dengan penuh hemah serta kasih sayang mestilah mereka mahukan yang terbaik. Maka sebagai anak yang mengikut kata orang tua aku cari orang yang memenuhi citarasa ma abah sebelum aku fikir tentang diri aku. Sebab bagi aku redha dan restu ma abah lagi penting dari pilihan diri sendiri. Dan syukur alhamdulillah dia memenuhi citarasa ma abah. Semoga restu ma abah ini berkekalan sehingga akhir hayat.

Bukan ke SA nak sambung belajar lagi?

Ya, sambung belajar ialah matlamat aku yang utama dan cita cita aku. Tapi siapa kita untuk mengelak dari perancangan Dia. Aku hanya mampu berdoa tunjukkan aku jalan yang terbaik sahaja. Maka sekaramg jodoh dah sampai dulu maka aku terima Qada' dan Qadar. Aku dah pernah sembang dengan abah perihal ni sebelum jumpa dia. Aku tanya abah, kalau jodoh akak sampai dulu abah izin ke akak kahwin. Abah cakap kalau itu yang terbaik maka kita serahkan segalanya pada Dia. Aku tanya lagi kalau jodoh sampai waktu akak tengah belajar abah bagi ke kahwin abah cakap dah kalau sampai jodoh nak buat macam mana. Tapi sekarang memang jodoh sampai dulu sebelum result belajar keluar. Maka aku berserah segalanya padaNya. Moga diberikan petunjuk yang baik. Dan moga perkahwinan ini kerana Allah taala. Pastu abah cakap lepas ni kalau nak belajar kena mintak kebenaran suami. Kalau suami bagi maka teruskan ma abah mampu doa yang baik baik sahaja. Ya, lepas ni kena taat pada suami lah pulak cuma ketaatan pada Allah tu mohon diperkukuhkan lagi, inshaAllah.

Perasaan SA dah nak tamatkan zaman bujang ni.

Bercampur baur. Suka bahagia terkejut sedih berdebar semua ada. Tapi sekarang ni rasa banyak bahagia. Semoga Allah kekalkan rasa bahagia ini berpanjangan. InshaAllah aamiin.

-

Aku rasa sampai disini sahaja yang aku mampu coretkan. Semoga terjawab segala pesoalan korang. Ada pape soalan lagi boleh ajukan dia Q&A session kat instagram SA. InshaAllah SA cuba jawab. Doakan urusan SA dipermudahkan ya. 

SA with ❤