POLIku sayang

"Salam. Akak fasi KLS ke? Saya nak tanya sikit tentang PSMZA kak. Sebab saya dapat tawaran bla bla bla..."

"Akak, I got your number from someone bla bla bla, can I ask you something about Poli Dungun. Sebab saya dapat tawaran ke sana dalam kos ni dan ini dan ini"

*open tele, then bukak group PEMBINA.

"Someone, PEMBINA cawangan Dungun, ambik kes ni, ada budak dapat tawaran ke sana. (and aku just layan kes budak poli je) Ke poli. (okay, kes aku) Kos bla bla and bla bla bla." (kalau kes perempuan, akhwat perempuan yang kena settle -.-)

"Salam sis. Saya dapat number sis dari kawan saya and bla bla ..." (situasi semua sama macam yang tertera diatas)

Oleh kerana hal yang demikian, setelah penat menjawab pelbagai dan berbagai jenis soalan yang ditanya kepada aku tentang P O L I Dungun (or exactly PSMZA OK!) daripada adik-adik junior yang bakal menjejak kaki ke alam kampus, akhirnya hari ini saat ini dan tika ini aku mengambil langkah bijak untuk blog post kan mana yang patut. (padahal isnin ni dah pun mereka bakal jejak PSMZA).
Walaupun begitu ia bukanlah satu kesalahan bagi aku untuk blog post kan semua ini, mana tahu boleh jadikan sebagai satu rujukan kepada adik-adik yang lain. Tenene. But it still not a crime, right? ;) 

*(sebenarnya sis sibuk lately ni ha ha ha)*

Ok, so now apa yang adik-adik nak tahu tentang PSMZA (Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin)?

*ayuh kembali ingatkan memori dua tahun setengah kebelakang

*hanya berkongsi sedikit dan memuatkan info tentang PSMZA sahaja OK!

Akak, best tak belajar kat poli? Yuran belajar dan asrama dia mahal tak? Susah tak nak belajar kat poli?

Belajar, apa je yang tak best dik. Even nak belajar sesuatu yang baru dalam kehidupan pun semua aci excited je. Yela, sebab benda baru kan. Dan, dipertengahan pembelajaran mustahil tak ada susah dik. Tiap-tiap sesuatu yang kita baru nak hadam, otak bukan dapat cerna secara terus. Ia memerlukan pemahaman terlebih dahulu. Dan ianya pernah juga berlaku kesukaran dalam kehidupan akak. Yuran?  bagi akak, yuran politeknik antara yuran yang paling termurah sepanjang akak diperkenalkan dengan pelbagai jenis IPT yang lainnya. Oh, mungkin kerana poli under goverment. Jadi, orang susah pun inshaAllah boleh je dan mampu je bayar yuran poli ni ha. Untuk semester pertama or I should call it first intake tak kisahlah intake june mahupun intake december, yuran biasanya hampir cecah RM800.00 ini kerana ia termasuk dengan yuran pelbagai (dimana korang akan dapat bekalan seperti baju bengkel, beg poli, dan alatan yang lainnya dan mungkin termasuk MSK!) tak silap akak, dia dah sekali bayar dengan yuran asrama yang harga RM800.00 tu. Dan tak perlu risau juga, sebab bila dah dapat tawaran ke poli, adik-adik akan dapat info bayaran yuran dari portal poli! so chill guys. So, untuk semester semester yang seterusnya, yuran tak lebih pun dari RM500.00 guys. Seriously!! Kenapa yuran poli ni murah sangat guys. Beruntung tau! RM500.00 tu dah include sekali dengan asrama. Yuran asrama pulak just RM60.00 satu sem guys! Satu sem tu enam bulan guys, so that's mean satu bulan sepuluh ringgit (dan sekarang dah mula kena tambah lagi sepuluh ringgit untuk bayar yuran aktiviti kamsis), mana nak dapat yuran murah tu!! ok, sis excited sikit he.he.he.

Akak, kita boleh stay on-campus till the end of kita punya belajar ke? Boleh ke kita nak stay off-campus?

Okay, yang ni soalan dia boleh jadi tiga. 
1. stay on-campus till the end of kita punya satu sem tu
2. stay on-campus sampai tamat belajar
3. nak stay off-campus kat mana?

Okay, yang mana satu sis kena jawab ni? pening jap. 
Okay, dia macam ni, sekarang PSMZA dah buat peraturan baru. Untuk first intake, mereka diWAJIBkan stay on-campus hingga habis sem satu. Dan untuk sem seterusnya, mereka digalakkan stay on-campus jugak. Kira macam satu tahun tu korang macam diharuskan dan digalakkan stay on-campus. Ha, kan dah keluar segala hukum tu ececeh! Tapi beruntung tau stay on-campus sebab JIMAT hohoi. (rumah sewa agak mahal dik memandangkan ekonomi pun tak berapa nak stabil, PT pun tak cukup dik kalau stay luar) So, bagaimana pulak kalau nak stay on-campus untuk semester seterusnya? Tentulah kena apply dik. Biasanya pihak kamsis (atau AJK kamsis) akan tampal notis pada papan kenyataan setiap blok yang akan memaklumkan permohonan untuk kemasukan ke asrama telah dibuka dan hebahan melalui apps whatsapp pun akan ada, jadi adik-adik tak perlu gelabah dan risau! Dan tentulah lecturer juga akan membantu dengan men'forward'kan info whatsapp kepada anak buahnya. Baiknya lecturer dik. he.he.he.
Untuk stay off-campus kawasan yang berada dihadapan kiri kanan poli sehingga ke kolej vokasional ada je provide beberapa rumah sewa yang kira ok laa untuk adik-adik sewa. Dan adik-adik haruslah pandai mencari ruma sewa yang menyediakan pelbagai kemudahan untuk belajar dan yang paling penting haruslah berdekatan dengan poli sebab mudah untuk pergi balik kuliah. Biasa student PSMZA bila dah masuk semester dua dan keatas mereka akan stay off-campus kerana keberangkalian untuk stay kamsis amatlah tipis. Pihak kamsis biasanya akan utamakan kepada student yang ada jawatan dan student yang aktif. So, kalau nak kamsis tu kira kena rebut lah, siapa cepat dia dapat. Tak pun, siapa aktif dia yang dapat tempat.

Peraturan poli ketat tak? Boleh bawak kenderaan sendiri ke?

Peraturan? boleh dikatakan sangat ketat. Limit bagi pelajar asrama boleh keluar masuk hingga jam 7 petang sahaja. Tapi, bagi akak itu peraturan yang sangat bagus! walaupun tidak dapat mendedahkan diri dengan kawasan luar, sekurang-kurangnya kita rasa selamat! Kira semua terjaga. Pak cik guard pun kira semua baik je kalau nak dibuat kawan sebab mereka sangat caring ok! (rasa macam ada ayah sendiri kat poli sebab selalu kena nasihat tehehe). Lagipun tujuan datang ke PSMZA pun sebab nak belajar kan, bukannya nak berfoya-foya huhuhu. Dan disini akak nak pesan awal-awal, jangan bawak seluar jeans, pakaian ketat, pakai bracelet yang tahpapetah, heels, baju kena tight in (bagi boys), pakai stokin, dan seangkatan seperti peraturan sekolah. Peringatan ini dikeluarkan untuk mengelakkan adik-adik semua kena saman! HA HA HA. Kalau rasa mampu je nak bayar saman yang mencecah berpuluh ringgit tu bolehlah adik-adik break the rules OK! Walaupun peraturan macam sekolah, tetapi bagi akak dia sangat bagus kerana mendidik kita supaya sentiasa berdisiplin! dan kemas sentiasa!

Bagi kes nak bawa kenderaan sendiri ni, akak just nak bagitahu macam ni je "ANDA BOLEH MEMBAWA KENDERAAN SENIDIRI JIKA ANDA STAY OFF-CAMPUS! UNTUK PELAJAR ASRAMA TIDAK DIGALAKKAN KERANA PIHAK ASRAMA TIDAK AKAN MENANGGUNG SEBARANG KEMUNGKINAN YANG TIDAK DIINGINI BERLAKU!"
So, ada faham?! sebab apa tidak digalakkan membawa kenderaan sendiri adalah kerana, jarak kamsis ke tempat kuliah TAK JAUH PUN OKAY! turun bukit kamsis then menuju lah ke tempat kuliah. 

Apa yang menarik di PSMZA? 

Apa yang manarik? Jap nak tonggeng isi dalam kepala sekejap.
Banyak perkara yang menarik di PSMZA dik. Antaranya, PSMZA je ada bukit sendiri kalau nak hiking lepak petang-petang atas bukit PSMZA sambil sambil melihat panorama indah kawasan poli kekeke! selain itu juga, PSMZA adalah IPT yang paling berdekatan dengan bukit bauk, bukit rekreasi di Dungun! kalau jumaat-sabtu penuh je orang berkunjung macam timur fest! PSMZA ada wall cimbing, tempat main skateboard, roller blade, kayak, badminton, futsal dan banyak lah lagi. kalau petang-petang nak santai pun boleh je bertenggek kat divider padang bola tu. scenery dia cantik yang amat! nak jogging pun boleh. Asrama atas bukit, pepagi dah rasa macam kat genting! Dekat dengan pantai dan memacam lagi lah! Eh, kena datang belajar kat PSMZA laa baru rasa best! jakun buat pertama kali, jatuh sayang bila dah kenal. subjektif sungguh perasaan tu kan!


will continueee....