assalamualaikum gais, selamat petang!

okay, sebelum korang teruskan bacaan harini, aku nak warning awal awal, sediakan bantal untuk tekup mulut hang takut hang tergelak dengan sekuat hati dan jangan serious sangat baca yang selanjutnya.

Seperti yang sedia maklum, bila sebut sahaja pasal bæ ni mesti korang awal awal lagi dah terfikir dalam kepala atau mungkin terus terlintas di kepala yang bæ bermaksud seseorang yang korang crush atau korang minat atau mungkin sesuatu yang hang memang obses gila dengan sesuatu benda tu pastu korang gelarkan atau terlalu teruja macam ni 
"auuuwww dia bæ akuuuu" (mohon baca dengan intonasi yang teruja)

tapi...

berbeza pula dengan aku. bila sebut sahaja pasal bæ aku terus terlintas ia adalah tahi. sebab pernah suatu ketika aku terbaca satu tweet atau caption dekat IG, mungkin ia dah berapa tahun kebelakang aku pun dah lupa (maklumlah hidup bukan selamanya muda) tapi dia ada bagitahu maksudnya ialah tahi.

jap jap jangan blame atau kecam aku dulu, sebab urban dictionary pun ada berkata 

ni ha 
so jangan salahkan aku. okay apa yang aku nak kaitkan disini ialah bila bæ maksud dia tahi so aku nak buat kosa kata baru yang berbunyi bæ-rak atau kebiasaan yang disebut oleh orang orang kita ialah berak. cemtu ha.

yelaaa bila berak mesti keluar tahi kan so bila tahi mesti dia orang sebut bæ. cemtu ha cemtu. 

aku tak salahkan korang pun bila korang kata "alah bæ tu pun maksud dia orang yang kita crush on jugak". ya, betul. urban dictionary pun ada berkata pada last sentence dia kan. mungkin boleh jadi sebagai suatu panggilan untuk apa yang korang suka. 

apa yang aku nak cerita sebenarnya is aku nak tanya time korang berak korang buat apa je. (sorry ini bukan artikel kosong atau mengarut tapi aku just share apa yang aku buat when it comes tu aku fikir menda tu berguna pada aku well it is the truly SA 💁) 

mungkin ada orang time berak tu laa baru datang idea yang bernas, ada orang mungkin time berak tu laa time yang sesuai dia nak tidur dengan selena mungkin (bukan selena gomez baca leklok k), ada orang mungkin time berak laa best dengar lagu dan mungkin ada orang macam aku waktu berak laa time tu best kalau baca buku. 

yaa, habit aku time berak tu laa syok weh baca buku sampai tak sedar dah lega perut. dan aku ada satu memori atau mungkin boleh jadi tips yang berguna.

masa aku zaman sekolah rendah, abah aku memang seorang yang strict gila dan sangat tekankan subjek matematik. (ya, aku tahu ramai je yang tak suka maths) but hello, maths tu memang ohsem okay. bagi aku rela laa aku buat soalan mathematics berpuluh ratus ribu (okay hiperbola disini) daripada khatamkan buku sejarah. aku terlampau tak suka dengan subjek sejarah sanggup ponteng kelas sejarah pastu balik asrama tidur sepanjang dua masa sejarah, aku sanggup kena berjemur tengah dataran perhimpunan masa form 3 semata-mata tak siap nota sejarah dan walau kena berjemur aku masih tak buat nota sejarah 💅 sayang dakwat pen okay! aku pernah menangis masa nak exam sejarah form 3 (dan masa jawab exam) sebab tak nak masuk dewan exam semata tak nak jawab soalan peperiksaan sejarah (tapi masih kena paksa dengan ma dan pengawas exam suruh masuk dalam dewan jawab peperiksaan kertas sejarah walau kalau ikutkan memang dah tak boleh masuk dewan dah masetu sebab lambat, sebab ma cakap daripada dapat result yang tertulis TH means tak hadir padahal aku pelajar target kot HAHA tapi aku dah tak suka mana boleh paksa) dan kebiasaan ini aku teruskan generasi dia sampai aku tingkatan 5 sumpah teruk gila! pernah tipu cikgu buku nota tertinggal kat rumah, buku kena air laa dan yang paling teruk pinjam buku nota sejarah budak kelas belakang (walau tulisan mereka teruk tapi mereka lagi rajin dari aku haha) pastu cikgu siap tanda lagi buku kawan aku tu haha. betapa bagusnya seorang SYAFIQAH ATHIRAH dulu. tapi itu lah sejarah aku dengan namanya subjek sejarah. dan apa yang aku nak sampaikan is jangan kau orang bæ-rak sambil baca buku sejarah kerana kalau waktu tu kau tengah sembelit teruk memang aku yakin sembelit kau lagi bertambah teruk dengan usaha kau untuk cernakan bacaan buku sejarah tu haha. tapi selebet dan seteruk aku tak suka sejarah pun result PMR dan SPM aku masih cantik dengan kehadiran huruf C 🙆. okay lah kredit tapi sebab kau laa sejarah aku tak dapat masuk SBP! huh 😪 dan sejarah tak mungkin kan berulang cewwah. cikgu siap pernah cakap macam ni kat aku "saya ingatkan awak dah gagal rupanya result okay lagi" nampak tak cikgu tu tak suka aku sebab aku tak suka subjek yang dia ajar HAHA. 

dan berbalik dengan apa yang aku nak share is berkenaan maths tadi. aku terlampau obses dengan maths masa form 3 sebab cikgu yang ajar tu memang ohsem gila nak mati (bukan setakat masa sekolah menengah je, masa sekolah rendah pun aku gila obses) sampaikan setiap kali habis exam pastu dapat result dia akan panggil aku untuk bahagikan kertas exam kepada kawan kawan aku untuk dibuat pembetulan dan perbincangan kenapa jawapan mereka ada yang salah. dan apa yang aku pelik bila aku dah siap bagi kertas kawan kawan aku, kertas aku memang selalu tak ada. rupa rupanya cikgu guna kertas aku untuk dibuat sebagai skema. ya, markah maths aku memang selalu tinggi. tapi masa form 4 aku pindah sekolah lain (tapi sekolah empat bulan je) maths aku merundum teruk sampai aku dapat F! ya, sumpah teruk gila. aku dapat F uolss. pastu aku pindah pulak ke sekolah lain selepas 4 bulan sebab ikut family (kalau orang tanya aku sekolah mana, aku jawab aku nomad sebab dari sekolah rendah asyik tukar sekolah je), pastu maths aku semakin wow! semakin okay mula lah naik dari C ke B, dari B ke A dan ya, masa dapat result SPM first thing yang aku tengok is subjek mathematics. dapat A, kalau tak konfirm kena bebel pastu abah tak bercakap dengan aku huhu 😌 aku punya minat dengan maths aku kekalkan prestasi sampai aku buat Dip. tapi lately ni otak dah makin malas nak kreatif hoho. rahsia macam mana aku minat maths ni bermula dengan bærak laa. yelah asyik asyik bila abah balik kerja je dia akan tanya sifir. kalau betul dapat seposen (seposen waktu zaman aku mewah boleh dapat aiskrim milo atau asam) kalau salah kena cubit. sakit kot kena cubit. sampai satu masa aku dengan ayong dah fed-up gila pastu kita orang memutuskan untuk tampal sifir pada pintu tandas selain dari tampal sifir dalam pencil box besi huhu. so, itulah tips macam mana aku boleh terlampau obses dengan mathematics. so time tengah bærak tu laa tercetus nya idea untuk create cara hafalam sifir yang lagi mudah. so, masa kami bæ-rak tak adalah kami buang masa huhu. abah terlampau tekankan subjek mathematics sampai dia tak kisah kalau subjek lain tak dapat A pun. teruk betul! ma pulak dengan subjek english dia. abah punya obses dengan maths sampai subjek akaun yang buat kunci kira kira pun dia masih ingat sampai sekarang. (abah juga cikgu BM aku! karangan dia sumpah ohsem tapi tulisan berangkai dia lagi wow! harapnya abah tak baca post aku kalini)

so, bila dah besar ni aku dah gantikan waktu baca sifir time bæ-rak aku dengan baca buku yang lagi benefit. contohnya sejarah tentang sejarawan islam. (tak suka sejarah pun kena tahu jugak sejarah tentang islam kalau kau nak jadi muslim yang ohsem 😑)

oka gais, sekian sahaja post aku kalini. harapnya korang tak bayangkan poop ye setiap kali orang sebut bæ. haha.

ekso ekso 
SA with 💞