kesilapan diri

20-03

selamat pagi
selamat siang
selamat petang
selamat malam

baru lepas dapat result,
nak cakap teruk,
bukannya bad sangat,
tapi syukur--

tak dapat yang terbaik ?
tak apa,
ucap je Alhmdulillah,
bersyukur pada Allah
itu jangan pernah lupa--

wahai diri,
mungkin ada silap,
kita tak ter'perasan'
mungkin kerana kata-kata yang kita sering berkata-kata
mungkin juga adab dan adat
mungkin juga ikhtilat
atau--
mungkin kerana niat :')))

betullah kata orang,
salah satu perkara yang amat payah nak buat
ialah--
BUAT SESUATU KERANA ALLAH TAALA

betul--
cakap je nak buat kerana Allah
tapi--
hati belum tentu menyetujui

aku pernah rasa
sebab itu aku tahu
benarlah kata orang
jadi manusia--
pastikan ikut resmi padi
tunduk tanpa megah
jangan asyik sangat mendongak langit
kerana hidup tak akan kemana

*deep*

Allah itu Maha Kaya
Maha Pengampun
Kita--
As a hambaNya di bumi yang penuh fana ni
JANGAN BONGKAK !
tak kemananya--
percayalah c':

Nasihat buat diri juga

kita manusia--
biar kaya budi--
jangan kaya bangga diri--
tak lut punnye
percayalah :D

lukisan alam by SA

15-01


Hidup mana pernah sudah--
Selagi nyawa tidak diambil Tuhan

Hidup mana pernah rasa nikmat--
Jika dosa tiap hari buat
Pahala tidak pula cari
Inilah manusia

Hidup--
Mana pernah tenteram--
Kalau sehari tidak rasa akan nikmat dosa

Inilah manusia--
Dosa digali sampai terjadinya parit
Pahala pula ditimbus timbus
Seolah-olah nikmatnya hidup bila dosa mendampingi

Allahu :')

Sedarkah kita ?
Nyawa--
Kehidupan--
Harta benda--
Keluarga--
Rakan rakan--
Ini semua pinjaman dari Sang Pencipta semata--

Pernahkah,
Kita ?
Rasa indah dengan dosa ?
Rasa puas dengan dosa ?
Pernahkah ?--

Sekali buat--
Rasa nak buat lagiu
Sekali terjebak dengan dosa
Sampai ke nafas terakhir pun,
Kita tak akan rasa puas--

Itulah janji syaitan pada Kaum Adam
Itulah janji jin pada Kaum Hawa
Yang pasti akan menyesatkan manusia
Sehingga . . .
Hari Kiamat tiba--

Syurga--
Itu tempat asal manusia sebenarnya
Tak mahukah kita untuk memperbanyakkan umat manusia di sana ?--
Tidak terfikirkah itu ?

Kembalilah . . .
Kembalilah kepada Sang Pencipta kita
Yang Maha Esa
Yang Maha Mengetahui
lagi
Maha Berkuasa atas tiap tiap perkara

Bertaubatlah--
Jangan biar diri berada di takuk lama
Jangan biar diri dipenuhi dosa
Jangan biar diri dikuasai nafsu yang akan binasakan diri sendiri
Jangan biar diri dikuasai syaitan yang direjam--
Jangan . . . Jangan . . . Jangan . . .

Insaflah diri--
Taubatlah nasuha wahai diri
Allah Maha Pengampun
lagi--
Maha Penyayang
Ingat itu !
Allah suka hambaNya yang bertaubat

Sekian dari hati yang tulus penuh ikhlas
Ampunkan salah silap

sekian . . .