Sebulan 5 hari

Sebulan lima hari already 😐

saje latak gambar yang tak berapa nak behave. moga gambar kahwin cantik cantik lah ye huhu

Pejam celik pejam celik sekarang sedang menghitung hari dah nak bertunang dalam masa yang sama menghitung hari nak tamatkan zaman bujang dan menghitung hari juga akan bertukar dari Cik kepada Puan. Betullah perancangan Allah tu lebih hebat dan kadang tak sangka pun semua ini akan terjadi tapi bila dah jadi pada diri sendiri baru tergadah nak mengaku betul lah semua ni ada hikmahnya. Lain yang dirancang lain yang jadi. 

Setelah sekian lama menyepi dari zaman blog akhirnya kembali kesini jua. Ada banyak je tempat aku boleh mengadu domba dan platform social media lain tapi blog jugak yang best pun kalau nak share story yang happy glory bagai. Dah memang membesar zaman sekolah dengan life blog aku rasa sampai kahwin pun aku boleh stick dengan blog. Tapi zaman sekarang kena banyak beware, salah share sikit kena kecam kena tu kena ni. Maka bertabahlah.

Actually aku saja nak lepaskan bosan kat sini. Memandangkan mata ni payah nak lelap balik setelah agak lama beradu maka aku rasa update blog pun part of perkara berfaedah apa. Sementara banyak idea nak type ni. Huhu. Dan sekurangnya nanti kalau dah ada anak cucu cicit kalau dia orang tanya macam mana mak ayah dia orang kenal boleh aku cakap "baca kat blog" moga moga blog ni kekal ada laa huuhuu

Seperti yang sedia maklum, yang mengenali diri ini mungkin ada segelintir yang dah tahu aku bakal menamatkan status bujang pada tahun ni. Ya ya aku tahu ramai yang terkejut tambah pulak aku end up bukan dengan orang orang sebelum ni. Ya laa, masa belajar haritu dengan orang lain sekali nak kahwin ni dengan orang lain. Dan aku rasa masih relevan kot ayat ni
"kenal dengan orang lain, bercinta dengan orang lain, tunang dengan orang lain, end up kahwin pun dengan orang lain"

tapi harapnya tunang dan kahwin ni dengan orang yang sama je. Dah serik jaga jodoh orang. Dah serik kena tinggal. Dah serik dipermainkan. Dah serik kecewa sakit hati patah hati semua lah. 

Aku tak tahu nak cerita macam mana actually tapi aku rasa better aku buat macam soal jawab. So lagi mudah untuk aku cerita. Ya, aku tahu ramai terkejut aku dah nak kahwin. Yelah, sebab sekarang biasa yang jenis pendiam jalan dulu. Nak kata aku jenis pendiam, memang sah sah bukan lah. Sebab aku jenis show off.  Tapi kalau perkara cinta cinta ni aku mungkin akan berfikir seratus kali dan keatas untuk berkongsi dengan ramai orang. Yang latest ni pun berani nak kongsi lepas dapat restu ma abah baru aku berani nak kongsi sebab dah serik kalau dulu share je tapi putus ditengah jalan. Sekarang je berpada sikit. Show off pun dengan benda yang elok elok je. So, kalini rasanya tak over sangat kot show off. Berani sebab ma abah dah restu dah mintak petunjuk dari Dia semua tu dah maka rasa lega sikit. Kalau dulu, ada pakwe nak sorok sorok je dari ma abah takut kena marah last last terputus ditengah jalan jugak. Nak kata aku antara orang orang yang ramai orang kenal tu tak jugak, tapi ramai lah yang kenal aku walaupun ada je yang aku tak kenal. Tapi terima kasih laa kerana mendoakan yang baik baik sahaja. InshaAllah sampai jannah, aamiin...

Maka, aku rasa boleh kot mulakan Q&A ni. Mata pun dah rasa nak layu balik dah huhu

Macam mana SA boleh kenal si dia?

Macam mana boleh kenal dia? Hmm panjang ceritanya tapi tak apa kita tonggeng sikit isi mana yang patut. Kenal dia kenal dari orang lain jugak. Tapi reality nya, dia dah usha kita lama sebelum kenal. Ya, aku memang dikategorikan antara orang yang sombong pada mulanya tapi akhirnya aku boleh beramah mesra seperti kenal 10 tahun lamanya. Hakikatnya seorang SA sangat peramah tapi bila kena timing la. Ya, kalau dulu aku pernah dilabel sombong tapi bila dah kenal mula la mintak maaf bagai alasannya muka yang sombong haha. Ya, aku friendly tapi biar kena tempat. Dan dengan dia ni aku tak tahu laa macam mana boleh sembang gaya macam dah pernah kerja sekali. Padahal tak pernah berhubung pun. Sebab aku akan berhubung dengan orang yang perlu bilamana ia berkait dengan soal kerja. Aku dengan dia kenal sebab ada orang yang kenalkan. Iaitu kawan dia. Kami satu tempat kerja tapi dia more to office la. Aku kerja dekat yard je. Tambahan dia main con aku hanyalah sub con, kuli kuli je. Satu hari sebelum program solat hajat di yard berlangsung kawan dia ada tanya aku, betul ke aku single. Dah sah sah lah aku single haha sebab masa kawan dia tahu tu ada seorang hamba Allah ni tanya depan kawan dia yang aku ni single ke taken. Aku memang telus sikit terus aku jawab aku single. Padahal dalam masa yang sama memang tengah cari pasangan hidup pun tapi tak serious sangat sebab matlamat utama nak capai is nak belajar lagi. Pastu kawan dia tanya betul ke aku single. Dan aku mengaku je la memang single pun. pastu dia cakap dia nak kenalkan aku dengan kawan dia. Aku tanya la siapa orangnya. Lepas kawan dia bagitahu detail sedikit sebanyak aku apa lagi selidik la serba sedikit tanya orang tu tanya orang ni padahal tak pernah cam pun muka dia tak pernah tahu pun siapa dia semua tu. Tapi lumrah perempuan memang suka bab bab selidik selidik ni. Nak nak aku la yang jenis suka stalk dulu. So gaiss beware okay sebelum korang kenal aku mana tahu aku dah kenal korang dulu huhu. Lepas dah merisik tanya orang tu orang ni bagai, kawan dia ni tanya lah boleh ke dia nak bagi no. fon aku kat si dia. Aku tak kata ya dan aku tak kata tidak. Aku cakap "kalau rasa dia baik dan boleh dibuat kawan maka okay je tapi kalau rasa tak sesuai dan tidak elok dibuat kawan makan tak payah kasi" tapi gaiss tapi kawan dia bagi kat si dia no. fon aku. Tapi sebelum dia dapat no. fon aku kawan dia cakap "dia (aku) tak suka orang yang merokok dan seangkatan dengannya" -dan aku tak tahu laa dia orang sembang macam mana ayat dia tapi tu agak lebih kurang lah kot. Dan masa ni dia tengah guna nano stix tapi apa yang mengejutkan is dia sanggup nak jual nano stix dia katanya lebih kurang je kalau dia hisap rokok dan guna nano stix ni. Tak ada beza sangat pun. And syukur alhamdulillah dia dah tak merokok dan dah tak guna apa apa yang seangkatan dengannya. Dia cakao dia dah haramkan mulut dia dari semua benda ni. So kalau dia buat dia dosa. Huhu. So macam tu lah kita orang kenal.

Macam mana ma abah boleh restu?

Ceritanya is satu hari setelah berlalunya hari ayong aku akad nikah. Satu ramadhan. Pagi tu pergi pasar dungun dengan ma, pastu sebelum hari kejadian tu dah pernah bagi hint sikit dah kat ma cakap ada orang nak kenal bagai, pastu ada kenal dengan someone ni. Tapi tak serious talk sangat pun sebab kenal dia masa ni tak cukup sebulan lagi pun. Huhu. Tapi pagi tu tak tahu lah macam mana boleh tercerita semuanya pada ma. Pastu balik rumah ma okay je calm steady je. Petang tu abah balik kerja. Kebiasaannya kalau abah balik kerja, abah akan cerita pasal tempat kerja kat ma kadang tu aku tak ambik port sangat sebab skop kerja abah dengan aku tak jauh beza sangat. Tapi tak tahu lah macam mana haritu ma boleh tercerita pasal aku cerita dalam kereta pagi tadi masa nak ke pasar tu. Pastu abah keluar je bilik abah cakap kalau dah jumpa calon tu abah okay je. Kahwin kahwin lah dah dua puluh tiga ni elok je. Aku yang dengar ni duk gelak je sebab ingat abah main main. Tapi lepas je berbuka puasa abah tanya dahtu bila dia nak datang merisik. Pastu abah nak tengok gambar. Aku terkejut la betul ke abah ni -waktu ni aku ada share moment terkejut semua tu kat instagram memang real story gais sikit pun takde tipu. Pastu abah cakap ajak la dia datang berbuka kenal kenal dulu. Aku macam woah abah ni biar betul. Sebab kita orang kenal tak sampai sebulan pun. Abah cakap menda baik tak salah pun kalau dah berkenan. Tapi masalahnya aku dengan dia waktu ni takde lah bercinta sangat sungguh pun. Sebab dia memang nak je jumpa ma abah. Aku yang tak kasi sebab aku knows very well hows my abah and my ma. Abah jenis tegas ma jenis memilih dia nak yang perfect untuk anak dia. And syukur alhamdulillah everything goes well. Dan sekarang kami tengah buat persiapan nak tunang. Sekejap je kan. Aku pun rasa macam mimpi lagi huhu.

Macam mana boleh buat keputusan nak kahwin terus?

Soalan ni kalau keluar dari mulut mak cik bawang mesti dia orang fikir menda yang bukan bukan. Tapi alhamdulillah semua tu tak terjadi pun pada diri aku. Tak ada tanggapan negatif sebab semua yang kenal aku tahu perangai aku tapi tak tahu lah kalau ada yang tahu dari mulut yang ada hasad. Sampai mak cik aku pun cakap biar betul aku nak bertunang sebab dia tahu aku punya perangai sangat lah huha huha bukan jenis perangai gadis melayu terakhir dan perangai aku, aku jenis manja dengan ma abah tak kira tempat walau umur dah 23 gelak sakan tak ingat dunia dan jenis suara lantang kasar lasak dan kalau sepak menyepak ni memang kaki jalan dulu la. Sebab tu ramai yang tak percaya aku akan tamatkan zaman bujang. So we decide to get married this year. Tarikh majlis tunang kahwin semua ditentukan oleh pihak lelaki memandangkan dia punya adik beradik ramai. Huhu. Macam mana boleh decide nak tunang - first, sebab dia nak tamatkan zaman bujang dia tahun ni. Second, sebab dia bebetul serious serta bersungguh nak kenal aku lebih rapat dan nak end up dengan sesuatu yang baik. InshaAllah raya kedua tahun ni kami bertunang dan raya kedua raya haji akad nikah serta sanding. Ya, ramai yang kata sangat cepat. Sebab kami nak bercinta lepas kahwin 😳🙈❤ inshaAllah...

Si dia orang mana?

Alhamdulillah dekat dimata dekat dihati dekat dengan tempat kerja dekat dengan rumah bakal mertua dekat dengan rumah aku kalau merajuk balik kemasek je huhu dekat la setakat ni alhamdulillah nak balik raya pun tak payah sampai majlis sambut menantu inshaAllah selang satu hari je huhu - Orang ketengah jaya kerteh 1

Ramai yang terkejut dan ramai yang expect aku dah jumpa jodoh dengan orang joho sebab dari dulu memang obvious sangat aku nak cari bakal suami orang joho tapi alhamdulillah perancangan Allah itu sangat indah sangat cantik. Syukur. Jodoh pun dekat je kalau tak nanti mesti nak balik raya je berebut nak kena ikut giliran masing masing huhu. 

Macam mana ma abah berkenan?

Abah orangnya yang mementingkan budi bahasa budaya kita dan solat sebagai tunjang utama. Ma orangnya yang mementingkan kesempurnaan kehidupan anak dia apabila status bujang itu bertukar. Ibu bapa mana nak tengok anak mereka sengsara. Dia orang didik dengan penuh hemah serta kasih sayang mestilah mereka mahukan yang terbaik. Maka sebagai anak yang mengikut kata orang tua aku cari orang yang memenuhi citarasa ma abah sebelum aku fikir tentang diri aku. Sebab bagi aku redha dan restu ma abah lagi penting dari pilihan diri sendiri. Dan syukur alhamdulillah dia memenuhi citarasa ma abah. Semoga restu ma abah ini berkekalan sehingga akhir hayat.

Bukan ke SA nak sambung belajar lagi?

Ya, sambung belajar ialah matlamat aku yang utama dan cita cita aku. Tapi siapa kita untuk mengelak dari perancangan Dia. Aku hanya mampu berdoa tunjukkan aku jalan yang terbaik sahaja. Maka sekaramg jodoh dah sampai dulu maka aku terima Qada' dan Qadar. Aku dah pernah sembang dengan abah perihal ni sebelum jumpa dia. Aku tanya abah, kalau jodoh akak sampai dulu abah izin ke akak kahwin. Abah cakap kalau itu yang terbaik maka kita serahkan segalanya pada Dia. Aku tanya lagi kalau jodoh sampai waktu akak tengah belajar abah bagi ke kahwin abah cakap dah kalau sampai jodoh nak buat macam mana. Tapi sekarang memang jodoh sampai dulu sebelum result belajar keluar. Maka aku berserah segalanya padaNya. Moga diberikan petunjuk yang baik. Dan moga perkahwinan ini kerana Allah taala. Pastu abah cakap lepas ni kalau nak belajar kena mintak kebenaran suami. Kalau suami bagi maka teruskan ma abah mampu doa yang baik baik sahaja. Ya, lepas ni kena taat pada suami lah pulak cuma ketaatan pada Allah tu mohon diperkukuhkan lagi, inshaAllah.

Perasaan SA dah nak tamatkan zaman bujang ni.

Bercampur baur. Suka bahagia terkejut sedih berdebar semua ada. Tapi sekarang ni rasa banyak bahagia. Semoga Allah kekalkan rasa bahagia ini berpanjangan. InshaAllah aamiin.

-

Aku rasa sampai disini sahaja yang aku mampu coretkan. Semoga terjawab segala pesoalan korang. Ada pape soalan lagi boleh ajukan dia Q&A session kat instagram SA. InshaAllah SA cuba jawab. Doakan urusan SA dipermudahkan ya. 

SA with ❤

assalamualaikum gais, selamat petang!

okay, sebelum korang teruskan bacaan harini, aku nak warning awal awal, sediakan bantal untuk tekup mulut hang takut hang tergelak dengan sekuat hati dan jangan serious sangat baca yang selanjutnya.

Seperti yang sedia maklum, bila sebut sahaja pasal bæ ni mesti korang awal awal lagi dah terfikir dalam kepala atau mungkin terus terlintas di kepala yang bæ bermaksud seseorang yang korang crush atau korang minat atau mungkin sesuatu yang hang memang obses gila dengan sesuatu benda tu pastu korang gelarkan atau terlalu teruja macam ni 
"auuuwww dia bæ akuuuu" (mohon baca dengan intonasi yang teruja)

tapi...

berbeza pula dengan aku. bila sebut sahaja pasal bæ aku terus terlintas ia adalah tahi. sebab pernah suatu ketika aku terbaca satu tweet atau caption dekat IG, mungkin ia dah berapa tahun kebelakang aku pun dah lupa (maklumlah hidup bukan selamanya muda) tapi dia ada bagitahu maksudnya ialah tahi.

jap jap jangan blame atau kecam aku dulu, sebab urban dictionary pun ada berkata 

ni ha 
so jangan salahkan aku. okay apa yang aku nak kaitkan disini ialah bila bæ maksud dia tahi so aku nak buat kosa kata baru yang berbunyi bæ-rak atau kebiasaan yang disebut oleh orang orang kita ialah berak. cemtu ha.

yelaaa bila berak mesti keluar tahi kan so bila tahi mesti dia orang sebut bæ. cemtu ha cemtu. 

aku tak salahkan korang pun bila korang kata "alah bæ tu pun maksud dia orang yang kita crush on jugak". ya, betul. urban dictionary pun ada berkata pada last sentence dia kan. mungkin boleh jadi sebagai suatu panggilan untuk apa yang korang suka. 

apa yang aku nak cerita sebenarnya is aku nak tanya time korang berak korang buat apa je. (sorry ini bukan artikel kosong atau mengarut tapi aku just share apa yang aku buat when it comes tu aku fikir menda tu berguna pada aku well it is the truly SA 💁) 

mungkin ada orang time berak tu laa baru datang idea yang bernas, ada orang mungkin time berak tu laa time yang sesuai dia nak tidur dengan selena mungkin (bukan selena gomez baca leklok k), ada orang mungkin time berak laa best dengar lagu dan mungkin ada orang macam aku waktu berak laa time tu best kalau baca buku. 

yaa, habit aku time berak tu laa syok weh baca buku sampai tak sedar dah lega perut. dan aku ada satu memori atau mungkin boleh jadi tips yang berguna.

masa aku zaman sekolah rendah, abah aku memang seorang yang strict gila dan sangat tekankan subjek matematik. (ya, aku tahu ramai je yang tak suka maths) but hello, maths tu memang ohsem okay. bagi aku rela laa aku buat soalan mathematics berpuluh ratus ribu (okay hiperbola disini) daripada khatamkan buku sejarah. aku terlampau tak suka dengan subjek sejarah sanggup ponteng kelas sejarah pastu balik asrama tidur sepanjang dua masa sejarah, aku sanggup kena berjemur tengah dataran perhimpunan masa form 3 semata-mata tak siap nota sejarah dan walau kena berjemur aku masih tak buat nota sejarah 💅 sayang dakwat pen okay! aku pernah menangis masa nak exam sejarah form 3 (dan masa jawab exam) sebab tak nak masuk dewan exam semata tak nak jawab soalan peperiksaan sejarah (tapi masih kena paksa dengan ma dan pengawas exam suruh masuk dalam dewan jawab peperiksaan kertas sejarah walau kalau ikutkan memang dah tak boleh masuk dewan dah masetu sebab lambat, sebab ma cakap daripada dapat result yang tertulis TH means tak hadir padahal aku pelajar target kot HAHA tapi aku dah tak suka mana boleh paksa) dan kebiasaan ini aku teruskan generasi dia sampai aku tingkatan 5 sumpah teruk gila! pernah tipu cikgu buku nota tertinggal kat rumah, buku kena air laa dan yang paling teruk pinjam buku nota sejarah budak kelas belakang (walau tulisan mereka teruk tapi mereka lagi rajin dari aku haha) pastu cikgu siap tanda lagi buku kawan aku tu haha. betapa bagusnya seorang SYAFIQAH ATHIRAH dulu. tapi itu lah sejarah aku dengan namanya subjek sejarah. dan apa yang aku nak sampaikan is jangan kau orang bæ-rak sambil baca buku sejarah kerana kalau waktu tu kau tengah sembelit teruk memang aku yakin sembelit kau lagi bertambah teruk dengan usaha kau untuk cernakan bacaan buku sejarah tu haha. tapi selebet dan seteruk aku tak suka sejarah pun result PMR dan SPM aku masih cantik dengan kehadiran huruf C 🙆. okay lah kredit tapi sebab kau laa sejarah aku tak dapat masuk SBP! huh 😪 dan sejarah tak mungkin kan berulang cewwah. cikgu siap pernah cakap macam ni kat aku "saya ingatkan awak dah gagal rupanya result okay lagi" nampak tak cikgu tu tak suka aku sebab aku tak suka subjek yang dia ajar HAHA. 

dan berbalik dengan apa yang aku nak share is berkenaan maths tadi. aku terlampau obses dengan maths masa form 3 sebab cikgu yang ajar tu memang ohsem gila nak mati (bukan setakat masa sekolah menengah je, masa sekolah rendah pun aku gila obses) sampaikan setiap kali habis exam pastu dapat result dia akan panggil aku untuk bahagikan kertas exam kepada kawan kawan aku untuk dibuat pembetulan dan perbincangan kenapa jawapan mereka ada yang salah. dan apa yang aku pelik bila aku dah siap bagi kertas kawan kawan aku, kertas aku memang selalu tak ada. rupa rupanya cikgu guna kertas aku untuk dibuat sebagai skema. ya, markah maths aku memang selalu tinggi. tapi masa form 4 aku pindah sekolah lain (tapi sekolah empat bulan je) maths aku merundum teruk sampai aku dapat F! ya, sumpah teruk gila. aku dapat F uolss. pastu aku pindah pulak ke sekolah lain selepas 4 bulan sebab ikut family (kalau orang tanya aku sekolah mana, aku jawab aku nomad sebab dari sekolah rendah asyik tukar sekolah je), pastu maths aku semakin wow! semakin okay mula lah naik dari C ke B, dari B ke A dan ya, masa dapat result SPM first thing yang aku tengok is subjek mathematics. dapat A, kalau tak konfirm kena bebel pastu abah tak bercakap dengan aku huhu 😌 aku punya minat dengan maths aku kekalkan prestasi sampai aku buat Dip. tapi lately ni otak dah makin malas nak kreatif hoho. rahsia macam mana aku minat maths ni bermula dengan bærak laa. yelah asyik asyik bila abah balik kerja je dia akan tanya sifir. kalau betul dapat seposen (seposen waktu zaman aku mewah boleh dapat aiskrim milo atau asam) kalau salah kena cubit. sakit kot kena cubit. sampai satu masa aku dengan ayong dah fed-up gila pastu kita orang memutuskan untuk tampal sifir pada pintu tandas selain dari tampal sifir dalam pencil box besi huhu. so, itulah tips macam mana aku boleh terlampau obses dengan mathematics. so time tengah bærak tu laa tercetus nya idea untuk create cara hafalam sifir yang lagi mudah. so, masa kami bæ-rak tak adalah kami buang masa huhu. abah terlampau tekankan subjek mathematics sampai dia tak kisah kalau subjek lain tak dapat A pun. teruk betul! ma pulak dengan subjek english dia. abah punya obses dengan maths sampai subjek akaun yang buat kunci kira kira pun dia masih ingat sampai sekarang. (abah juga cikgu BM aku! karangan dia sumpah ohsem tapi tulisan berangkai dia lagi wow! harapnya abah tak baca post aku kalini)

so, bila dah besar ni aku dah gantikan waktu baca sifir time bæ-rak aku dengan baca buku yang lagi benefit. contohnya sejarah tentang sejarawan islam. (tak suka sejarah pun kena tahu jugak sejarah tentang islam kalau kau nak jadi muslim yang ohsem 😑)

oka gais, sekian sahaja post aku kalini. harapnya korang tak bayangkan poop ye setiap kali orang sebut bæ. haha.

ekso ekso 
SA with 💞


POLIku sayang

"Salam. Akak fasi KLS ke? Saya nak tanya sikit tentang PSMZA kak. Sebab saya dapat tawaran bla bla bla..."

"Akak, I got your number from someone bla bla bla, can I ask you something about Poli Dungun. Sebab saya dapat tawaran ke sana dalam kos ni dan ini dan ini"

*open tele, then bukak group PEMBINA.

"Someone, PEMBINA cawangan Dungun, ambik kes ni, ada budak dapat tawaran ke sana. (and aku just layan kes budak poli je) Ke poli. (okay, kes aku) Kos bla bla and bla bla bla." (kalau kes perempuan, akhwat perempuan yang kena settle -.-)

"Salam sis. Saya dapat number sis dari kawan saya and bla bla ..." (situasi semua sama macam yang tertera diatas)

Oleh kerana hal yang demikian, setelah penat menjawab pelbagai dan berbagai jenis soalan yang ditanya kepada aku tentang P O L I Dungun (or exactly PSMZA OK!) daripada adik-adik junior yang bakal menjejak kaki ke alam kampus, akhirnya hari ini saat ini dan tika ini aku mengambil langkah bijak untuk blog post kan mana yang patut. (padahal isnin ni dah pun mereka bakal jejak PSMZA).
Walaupun begitu ia bukanlah satu kesalahan bagi aku untuk blog post kan semua ini, mana tahu boleh jadikan sebagai satu rujukan kepada adik-adik yang lain. Tenene. But it still not a crime, right? ;) 

*(sebenarnya sis sibuk lately ni ha ha ha)*

Ok, so now apa yang adik-adik nak tahu tentang PSMZA (Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin)?

*ayuh kembali ingatkan memori dua tahun setengah kebelakang

*hanya berkongsi sedikit dan memuatkan info tentang PSMZA sahaja OK!

Akak, best tak belajar kat poli? Yuran belajar dan asrama dia mahal tak? Susah tak nak belajar kat poli?

Belajar, apa je yang tak best dik. Even nak belajar sesuatu yang baru dalam kehidupan pun semua aci excited je. Yela, sebab benda baru kan. Dan, dipertengahan pembelajaran mustahil tak ada susah dik. Tiap-tiap sesuatu yang kita baru nak hadam, otak bukan dapat cerna secara terus. Ia memerlukan pemahaman terlebih dahulu. Dan ianya pernah juga berlaku kesukaran dalam kehidupan akak. Yuran?  bagi akak, yuran politeknik antara yuran yang paling termurah sepanjang akak diperkenalkan dengan pelbagai jenis IPT yang lainnya. Oh, mungkin kerana poli under goverment. Jadi, orang susah pun inshaAllah boleh je dan mampu je bayar yuran poli ni ha. Untuk semester pertama or I should call it first intake tak kisahlah intake june mahupun intake december, yuran biasanya hampir cecah RM800.00 ini kerana ia termasuk dengan yuran pelbagai (dimana korang akan dapat bekalan seperti baju bengkel, beg poli, dan alatan yang lainnya dan mungkin termasuk MSK!) tak silap akak, dia dah sekali bayar dengan yuran asrama yang harga RM800.00 tu. Dan tak perlu risau juga, sebab bila dah dapat tawaran ke poli, adik-adik akan dapat info bayaran yuran dari portal poli! so chill guys. So, untuk semester semester yang seterusnya, yuran tak lebih pun dari RM500.00 guys. Seriously!! Kenapa yuran poli ni murah sangat guys. Beruntung tau! RM500.00 tu dah include sekali dengan asrama. Yuran asrama pulak just RM60.00 satu sem guys! Satu sem tu enam bulan guys, so that's mean satu bulan sepuluh ringgit (dan sekarang dah mula kena tambah lagi sepuluh ringgit untuk bayar yuran aktiviti kamsis), mana nak dapat yuran murah tu!! ok, sis excited sikit he.he.he.

Akak, kita boleh stay on-campus till the end of kita punya belajar ke? Boleh ke kita nak stay off-campus?

Okay, yang ni soalan dia boleh jadi tiga. 
1. stay on-campus till the end of kita punya satu sem tu
2. stay on-campus sampai tamat belajar
3. nak stay off-campus kat mana?

Okay, yang mana satu sis kena jawab ni? pening jap. 
Okay, dia macam ni, sekarang PSMZA dah buat peraturan baru. Untuk first intake, mereka diWAJIBkan stay on-campus hingga habis sem satu. Dan untuk sem seterusnya, mereka digalakkan stay on-campus jugak. Kira macam satu tahun tu korang macam diharuskan dan digalakkan stay on-campus. Ha, kan dah keluar segala hukum tu ececeh! Tapi beruntung tau stay on-campus sebab JIMAT hohoi. (rumah sewa agak mahal dik memandangkan ekonomi pun tak berapa nak stabil, PT pun tak cukup dik kalau stay luar) So, bagaimana pulak kalau nak stay on-campus untuk semester seterusnya? Tentulah kena apply dik. Biasanya pihak kamsis (atau AJK kamsis) akan tampal notis pada papan kenyataan setiap blok yang akan memaklumkan permohonan untuk kemasukan ke asrama telah dibuka dan hebahan melalui apps whatsapp pun akan ada, jadi adik-adik tak perlu gelabah dan risau! Dan tentulah lecturer juga akan membantu dengan men'forward'kan info whatsapp kepada anak buahnya. Baiknya lecturer dik. he.he.he.
Untuk stay off-campus kawasan yang berada dihadapan kiri kanan poli sehingga ke kolej vokasional ada je provide beberapa rumah sewa yang kira ok laa untuk adik-adik sewa. Dan adik-adik haruslah pandai mencari ruma sewa yang menyediakan pelbagai kemudahan untuk belajar dan yang paling penting haruslah berdekatan dengan poli sebab mudah untuk pergi balik kuliah. Biasa student PSMZA bila dah masuk semester dua dan keatas mereka akan stay off-campus kerana keberangkalian untuk stay kamsis amatlah tipis. Pihak kamsis biasanya akan utamakan kepada student yang ada jawatan dan student yang aktif. So, kalau nak kamsis tu kira kena rebut lah, siapa cepat dia dapat. Tak pun, siapa aktif dia yang dapat tempat.

Peraturan poli ketat tak? Boleh bawak kenderaan sendiri ke?

Peraturan? boleh dikatakan sangat ketat. Limit bagi pelajar asrama boleh keluar masuk hingga jam 7 petang sahaja. Tapi, bagi akak itu peraturan yang sangat bagus! walaupun tidak dapat mendedahkan diri dengan kawasan luar, sekurang-kurangnya kita rasa selamat! Kira semua terjaga. Pak cik guard pun kira semua baik je kalau nak dibuat kawan sebab mereka sangat caring ok! (rasa macam ada ayah sendiri kat poli sebab selalu kena nasihat tehehe). Lagipun tujuan datang ke PSMZA pun sebab nak belajar kan, bukannya nak berfoya-foya huhuhu. Dan disini akak nak pesan awal-awal, jangan bawak seluar jeans, pakaian ketat, pakai bracelet yang tahpapetah, heels, baju kena tight in (bagi boys), pakai stokin, dan seangkatan seperti peraturan sekolah. Peringatan ini dikeluarkan untuk mengelakkan adik-adik semua kena saman! HA HA HA. Kalau rasa mampu je nak bayar saman yang mencecah berpuluh ringgit tu bolehlah adik-adik break the rules OK! Walaupun peraturan macam sekolah, tetapi bagi akak dia sangat bagus kerana mendidik kita supaya sentiasa berdisiplin! dan kemas sentiasa!

Bagi kes nak bawa kenderaan sendiri ni, akak just nak bagitahu macam ni je "ANDA BOLEH MEMBAWA KENDERAAN SENIDIRI JIKA ANDA STAY OFF-CAMPUS! UNTUK PELAJAR ASRAMA TIDAK DIGALAKKAN KERANA PIHAK ASRAMA TIDAK AKAN MENANGGUNG SEBARANG KEMUNGKINAN YANG TIDAK DIINGINI BERLAKU!"
So, ada faham?! sebab apa tidak digalakkan membawa kenderaan sendiri adalah kerana, jarak kamsis ke tempat kuliah TAK JAUH PUN OKAY! turun bukit kamsis then menuju lah ke tempat kuliah. 

Apa yang menarik di PSMZA? 

Apa yang manarik? Jap nak tonggeng isi dalam kepala sekejap.
Banyak perkara yang menarik di PSMZA dik. Antaranya, PSMZA je ada bukit sendiri kalau nak hiking lepak petang-petang atas bukit PSMZA sambil sambil melihat panorama indah kawasan poli kekeke! selain itu juga, PSMZA adalah IPT yang paling berdekatan dengan bukit bauk, bukit rekreasi di Dungun! kalau jumaat-sabtu penuh je orang berkunjung macam timur fest! PSMZA ada wall cimbing, tempat main skateboard, roller blade, kayak, badminton, futsal dan banyak lah lagi. kalau petang-petang nak santai pun boleh je bertenggek kat divider padang bola tu. scenery dia cantik yang amat! nak jogging pun boleh. Asrama atas bukit, pepagi dah rasa macam kat genting! Dekat dengan pantai dan memacam lagi lah! Eh, kena datang belajar kat PSMZA laa baru rasa best! jakun buat pertama kali, jatuh sayang bila dah kenal. subjektif sungguh perasaan tu kan!


will continueee.... 

Ramadhan tiba lagi

Marhaban Ya Ramadhan!


Alhamdulillah diberi kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan lagi. Alhamdulillah alhamdulillah. Bulan tarbiah muncul lagi. Syukur Ya Allah. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna. Semoga Ramadhan kali ini dilimpahkan rahmat seluas alam. Jadi, marilah kita sama-sama memantapkan iman kita, mengandakan amalan kita dalam sehari-hari. Top up yang mana kurang. Kalau hari biasa tu aci skip je baca Quran, so apa kata Ramadhan kali ni target nak khatam pulak. Bukan setakat khatam Quran, tapi hadam maksud dia sekali, betulkan bacaan yang mana tunggang terbalik tu. Dan semoga amalan-amalan yang kita buat ni akan menjadi rutin bila berakhirnya Ramadhan. Semoga rasa tenang tu sentiasa mengelilingi diri kita. Bulan tarbiah ni ayuhlah kita kawal yang mana susah nak kawal, baik dari tutur kata mahupun perbuatan kita yang sentiasa menyakitkan hati dan fizikal orang sekeliling tanpa sengaja mahupun sengaja. Kawal emosi kita supaya tidak cepat melatah bila ada orang mengata atau membuat buruk perihal kita. Kadang kala mana kita tahu, orang tu tuju pada orang lain, tapi kita pulak yang terlebih perasan dan terasa. Semoga hati kita cekal dan tabah hadapi hari hari yang mendatang. 

So, pesanan penaja: 

jangan curi-curi buka puasa ye semua. jangan tersasul buka periuk nasi tengahari nanti. kepada perempuan pula, kalau yang dapat cuti khas tu kawal-kawal sikit. kepada lelaki, jangan pandai pandai buat cuti sendiri pula. Semoga kita kekal istiqamah dalam melakukan amal makruf dan nahi mugkar bermulanya awal ramadhan sehingga penghujungnya. 


Selamat berpuasa semuanya, maaf salah silap sama ada secara sengaja mahupun tidak sengaja. 
Semoga Allah permudahkan segala urusan kita didunia mahupun di akhirat :)

perjalanan matrik

suatu masa dulu. kenangan masa lampau.

Assalamualaikum and hye readers sekalian.


Selamat pagi / siang / petang dan malam

I’m exist. Haha ececeh saje je aku nak kasi tahu, sebab bukan senang aku nak update blog aku, tambah pulak bila aku dah mule berchenta dengan namanya menuntut ilmu serta dengan line wifi nye yang memang tak menyangkut dekat bloknye vega ni ha. Lagilah tidak menyempat. Haha memang berchenta sungguh aku kat buminya Selangor ni, haha gaye macam ade banyak je bumi.



Okay beg yang ada link blog aku, maaf bukan nak raih popularity, dan mohon jealous sebab limited edition haha tapi aku jenis creative tak kira tempat, segala macam aku rasa nak conteng gaya pelajar tabika pantang lepa nampak pensil dan ruang untuk menulis.


Okay, enough merapu.


Ekceli selamat sudah aku sampai Selangor ni since 25/6 lagi then mule menetap di kms ni since 26/6 yang lepas, tapi oleh kerana aku buzy mengalahkan prime minister, aku postpone kan untuk update aku punye blog. Haha sangatlah klishey bunyinya.

*headphone disarungkan pada kepala dengan dentuman shinee – ring ding dong*

So fantastic haha then merapu again.

Okay, selamat sudah minggu mppb yang menyesakkan nyawa serta menyeksa kan jiwa dan yang hampir mematahkan tulang empat kerat ni hingga jalan sampai rasa tak cukup tanah nak pijak pada tiap pagi petang dan malam tapi meninggalkan kenangan yang amatlah bernilai mengalahkan kilauan cincin tiffany and co haha. Selamat sudah masuk minggu kedua yang amat memenatkan yang membebankan minda yang sudah terbiasa dengan pelbagai bebanan. Selamat sudah dapat survive hidup dengan environment kelapa sawit yang harumnya sangatlah menyengat hidung aku yang sedia mancung ni. Maklumlah kawasan pedalaman, tapi aku tak pernah kesah, asal aku dapat capai matlamat dan tujuan hidup aku dengan semangat yang berkobar tanpa pernah luntur ni ha ihiks  *kelip mata* dan dengan lagi selamat aman dan damai nya aku minah ground floor dekat blog vega ni okay, dan  tak payah nak bersusah payah nak mendaki tangga sangat, dan amatlah bersyukur haha amin.

 


Okay, ini room aku, sangatlah selesa sebab besar dia macam nak sama je pun dengan bilik aku kat rumah.



Okay, aku kat kms orang panggil S A or shAe and no more tira.





What S A?
Sebenarnya short form bagi nama penuh aku Syafiqah Athirah.
 Tapi ada jugak terselit ketidak puasan hati dengan panggilan shAe tetapi tidak menimbulkan konfrontasi pun sebenarnya. Ia wujud sebab madam muet aku cakap `sorry, I don’t want to spell your name’ dan dengan pasrahnya aku terima sahaja uhuks uhuks T_T

Aku kat sini, sebagai student yang ambilnya aliran sains dalam practicum 5 dan lectures 1 dengan empat subject yang amatlah nak patahkan semangat aku iaitu mathematic science, chemistry, biology and science computer. Tapi, kalau kau orang bercita cita nak jadi doctor silalah masuk modul 1 dan 3 haha. Promote yang dah expired.











Okay masing masing pakai lab coat, semuanya muka macam layak je ha  kalau nak sandang title Dr

Okay, practicum aku terdiri dengan 3 pelajar teruna Malaya dan 15 mak cik Malaya yang cantik manis anggun bergaya. Dan aku punye practicum sangatlah havoc walau segelintir kami bukan dari group mppb yang sama, tapi bila dah satu practicum acah acah kenal macam satu sekolah. Okay, itu pandangan mata kasar aku, maaf kalau tersilap, tapi aku yakin ia memang betul.

“only tough will survive”

Ku pinjamkan kata kata minggu mppb ini untuk menjadi pendukung semangat aku. Dan memanglah betul pun. Sebab kat sini semuanya datang dari pelbagai background family yang memang tidak pernah kita selidik.


Dan sepanjang keberadaan aku di sini, aku tengok, ramai jugaklah yang homesick. Maklumlah, bukan semua pernah stay hostel. Tapi, yang menyekitkan, kalau yang jarak kms ke rumah hanya 15 minit tu pun homesick. Pe kes ? aku yang datang dari pantai timur ni tak pernahnye pun homesick. Apatah lagi keinginan nak outing nak kenal dengan bandarnya banting ni, lagilah aku rasa macam tak hingin je even pernah jugak rasa noobs sebab aku bukan asal selangor. Idk why, but itulah yang aku rasa. Haha. Tapi tak apalah, masing masing punya kerenah, biaq pi la hang.



Dan aku rasa, sekarang waktunya nak labuhkan tirai sebab aku ada banyak lagi kerja yang nak buat. Semoga sm3k1p5 dapat mengaut berzillion kenangan manis. Semoga 4 rata milik kami. Semoga band 6 terlakar di alam nyata dan bukanlah khayalan semata. Semoga semua pandai jaga diri. Ingat ayahanda dan bonda yang tercinta di rumah walau jauh dari pandangan mata semoga tidak hilang dari hati.


Datang dengan berjuta harapan, pulang dengan satu kejayaan.


Semoga dipermudahkan segala urusan belajar.



Ingat
Segala harapan itu akan terlekat pada bebannya diri selagi tidak beroleh kejayaan.

Scintillate Zenith
SA        

kesilapan diri

20-03

selamat pagi
selamat siang
selamat petang
selamat malam

baru lepas dapat result,
nak cakap teruk,
bukannya bad sangat,
tapi syukur--

tak dapat yang terbaik ?
tak apa,
ucap je Alhmdulillah,
bersyukur pada Allah
itu jangan pernah lupa--

wahai diri,
mungkin ada silap,
kita tak ter'perasan'
mungkin kerana kata-kata yang kita sering berkata-kata
mungkin juga adab dan adat
mungkin juga ikhtilat
atau--
mungkin kerana niat :')))

betullah kata orang,
salah satu perkara yang amat payah nak buat
ialah--
BUAT SESUATU KERANA ALLAH TAALA

betul--
cakap je nak buat kerana Allah
tapi--
hati belum tentu menyetujui

aku pernah rasa
sebab itu aku tahu
benarlah kata orang
jadi manusia--
pastikan ikut resmi padi
tunduk tanpa megah
jangan asyik sangat mendongak langit
kerana hidup tak akan kemana

*deep*

Allah itu Maha Kaya
Maha Pengampun
Kita--
As a hambaNya di bumi yang penuh fana ni
JANGAN BONGKAK !
tak kemananya--
percayalah c':

Nasihat buat diri juga

kita manusia--
biar kaya budi--
jangan kaya bangga diri--
tak lut punnye
percayalah :D

lukisan alam by SA

15-01


Hidup mana pernah sudah--
Selagi nyawa tidak diambil Tuhan

Hidup mana pernah rasa nikmat--
Jika dosa tiap hari buat
Pahala tidak pula cari
Inilah manusia

Hidup--
Mana pernah tenteram--
Kalau sehari tidak rasa akan nikmat dosa

Inilah manusia--
Dosa digali sampai terjadinya parit
Pahala pula ditimbus timbus
Seolah-olah nikmatnya hidup bila dosa mendampingi

Allahu :')

Sedarkah kita ?
Nyawa--
Kehidupan--
Harta benda--
Keluarga--
Rakan rakan--
Ini semua pinjaman dari Sang Pencipta semata--

Pernahkah,
Kita ?
Rasa indah dengan dosa ?
Rasa puas dengan dosa ?
Pernahkah ?--

Sekali buat--
Rasa nak buat lagiu
Sekali terjebak dengan dosa
Sampai ke nafas terakhir pun,
Kita tak akan rasa puas--

Itulah janji syaitan pada Kaum Adam
Itulah janji jin pada Kaum Hawa
Yang pasti akan menyesatkan manusia
Sehingga . . .
Hari Kiamat tiba--

Syurga--
Itu tempat asal manusia sebenarnya
Tak mahukah kita untuk memperbanyakkan umat manusia di sana ?--
Tidak terfikirkah itu ?

Kembalilah . . .
Kembalilah kepada Sang Pencipta kita
Yang Maha Esa
Yang Maha Mengetahui
lagi
Maha Berkuasa atas tiap tiap perkara

Bertaubatlah--
Jangan biar diri berada di takuk lama
Jangan biar diri dipenuhi dosa
Jangan biar diri dikuasai nafsu yang akan binasakan diri sendiri
Jangan biar diri dikuasai syaitan yang direjam--
Jangan . . . Jangan . . . Jangan . . .

Insaflah diri--
Taubatlah nasuha wahai diri
Allah Maha Pengampun
lagi--
Maha Penyayang
Ingat itu !
Allah suka hambaNya yang bertaubat

Sekian dari hati yang tulus penuh ikhlas
Ampunkan salah silap

sekian . . .